Tentang NTC
 

 


Teknik / Konsep

MuzaGroup International telah diterajui oleh Mohd Muzamil Ra’il yang mengetengahkan konsep MINDA SEPARA SEDAR dalam program pembentukan remaja . Kaedah ini telah dikaji bersama oleh MuzaGroup International dan Board of Hypnotherapy Science . Mohd Muzamil yang juga penulis buku ‘BERFIKIR SECARA MAKSIMA’ dan ‘AURA KEJAYAAN’ ini telah membawa teknik ini kepada golongan kanak-kanak , remaja hingga ke peringkat golongan profesional dan telah membuktikan bahawa konsep secara HIPNOSIS dan TERAPI adalah lebih baik dan selamat BERBANDING konsep menggunakan kekerasan yang membawa risiko fizikal yang tinggi tetapi kurang memberi kesan positif .

Teknik kekerasan hanya memberi trauma kepada peserta dan mereka hanya berubah semasa dalam kursus TETAPI akhirnya kesedaran mereka semakin hilang dan kembali kepada sikap negatif  apabila pulang dari kursus .

Teknik HIPNOSIS atau meditasi yang diberikan kepada peserta akan membuatkan mereka berubah kepada positif  sedikit demi sedikit TANPA MEREKA SEDARI . Teknik ini sudah terkenal di negara – negara barat dimana mereka menggunakan kuasa minda untuk lebih cepat memahami sesuatu , mempercepat penyembuhan sakit , memaksimakan potensi samada dalam bidang sukan , perhubungan mahupun kerjaya .

MISI DAN VISI

RASIONAL

  • Menyedari bahawa masyarakat hari ini secara amnya kurang mempunyai keyakinan dan kaedah dalam aspek inovasi kehidupan , maka satu daripada pendekatan yang efektif untuk menerap dan meningkatkan KUASA MINDA,NILAI – NILAI MURNI KEHIDUPAN,KONSEP PEMIKIRAN GLOBAL DAN TEKNIK MENJANA POTENSI DIRI YANG BETUL dalam bersatu dan cemerlang di dalam diri  ialah menerusi program/ kursus .

  • Perubahan suasana akan melahirkan rasa seronok menerusi input-input yang berkaitan dengan perubahan cara gaya berfikir dan sikap.

  • Peserta perlu dimotivasikan dari masa ke semasa agar mereka sentiasa mempunyai daya juang dan daya saing yang sentiasa tinggi.

 OBJEKTIF

  • Memberikan  motivasi, kesedaran dan bimbingan mengenai sikap kecemerlangan diri dan kumpulan yang perlu diamalkan supaya menjadi insan yang bermotivasi , berpotensi tinggi dan bertanggungjawab terhadap diri dan masyarakat.

  • Dapat mempraktik dan menghayati kaedah pengurusan diri yang cemerlang dan mampu berfikir secara maksima untuk mencapai inspirasi dan target .

MATLAMAT

  • Di akhir program para peserta akan dapat melaksanakan serta menghayati sikap-sikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni terhadap diri lantas menjamin situasi yang harmoni dan perpaduan yang kukuh.

PENGLIBATAN 
:

**PENGALAMAN PENGENDALIAN KURSUS PROFESIONAL :

  • Nakhoda Training Centre
  • MuzaGroup International
  • MuzaMind Research  
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Excellent Victory Attitude
  • Tanjung Nelayan Seafood Restaurant
  • Brilliant Cycle Sdn Bhd
  • Outdoor Pursuits Malaysia
  • Ilham Murni Consultant
  • JFZ Geliga Selatan
  • Inspirasi A.D.A.M
  • Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
  • R.E.L.A
  • Polis Perhutanan Dan Perhilitan Malaysia
  • Pasukan Gerakan AM Malaysia ( PGA )
  • Kementerian Belia Dan Sukan Negeri Johor
  • Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
  • Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim
  • Jabatan Perikanan Johor
  • Jabatan Perikanan Melaka
  • Institut Kemahiran Belia Negara
  • Pemuda UMNO
  • Puteri UMNO
  • KEMAS
  • Jabatan Kesihatan Pontian
  • Sekolah Menengah Sekitar Negeri Johor
  • Sekolah Rendah Sekitar Negeri Johor

Copyright © 2008 muzagroup.com.my. All Rights Reserved | Design by TWINSystems